Masa Itu Emas.
  • Jul 12, 2020

Masa Itu Emas.

"Masa itu emas."
.
Pernah dengar pepatah ini? Bahkan lebih daripada emas. Mana ada orang yang mampu beli masa. Sehari masih tetap 24jam.

.

Ke ada orang beli masa? Sehari jadi 25jam atau seminggu jadi 8 hari atau mungkin lebih lagi. Tak de kan. Sebab tu lah, bila je ada masa yang terluang. Cuba hargai betul-betul.

.

Kadang umur kita pon tak tahu bila perakhiranya. Boleh jadi sehari lagi, seminit lagi, atau belum sempat habis baca text ni dah meninggal.

.

So, kita semua masih hidup dan bertahan dalam masa yang sama, cuma tempoh sahaja yang berbeza. Ini cara untuk menghargai masa.

1) Bila ada masa lapang, cuba bagi masa yang bermanfaat. Contoh spent masa bersama keluarga, membaca buku ilmiah, lakukan amal jariah dan bermacam lagi.

2) Elakkan melakukan aktiviti yang merugikan, seperti main telefon, banyak tidur, sembang yang sia-sia dan seumpamanya.

3) Set kan dalam kepala, "masa ini singkat sahaja, bila aku ada masa FREE aku takkan buang masa begitu je. Aku harus lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk hidup aku."

.

"Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)

.

Hargai masa yang ada, jangan buang kepada perkara yang tidak mendatangkan manfaat. InshaAllah. kita semua boleh jaga masa dengan sesungguhnya?

.

Komen "inshaAllah" sekiranya anda seorang yang menghargai masa. Semoga kita dapat ambil iktibar, amal dan sampaikan.

#DapoZila #InspirasiPagi #BangkitKembali

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200