Dalam Hitungan Bulan Sahaja..
  • Apr 26, 2021

Dalam Hitungan Bulan Sahaja..

Dalam hitungan bulan sahaja..

Kun Fayakun Allah..
Qadar Allah..

Jatuhnya kapal terbang Sriwijaya 182 pada bulan Januari..
Tenggelamnya kapal selam Nanggala 402 di bulan April..

Yang di langit bisa jatuh..
Yang di laut boleh tenggelam..

Amat-amat mengingatkan pada kalimat ayahanda Buya Hamka ;
"Lebih banyak orang menghadapi kematian di atas tempat tidur daripada orang yang mati di atas pesawat. Tetapi kenapa lebih banyak orang yang takut mati ketika menaiki pesawat daripada orang yang takut menaiki tempat tidur"

Harus dipelajari dan diingati dalam diri sedalamnya dimanapun, kapan pun, kematian itu pasti akan menjemput kita..

Yang jauh itu masa lalu..
Yang dekat itu masa kematianmu..

Takziah buat mereka yang telah pergi .
Takziah juga buat hati yang hidup rupanya telah mati ..

Sementara masih ada kesempatan...
Sementara masih ada ruang dan masa.

Lakukanlah yang terbaik dalam kehidupan yang tersisa ini kerana pada akhirnya kita tidak lagi bisa memilih tetapi terus ditetapkan samada ke syurga atau neraka !

Siti Rohana,
Salam simpati buat Indonesia dari Malaysia ????

Kredit foto : @Adji_copoo

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200