Ya Allah Kenapa Aku Diuji?
"Ya Allah kenapa aku diuji?"
Kita sering mengeluh dengan masalah yang dihadapi. Belum selesai masalah yang kita terima, tanpa diduga datang masalah lain pula.
.
Kita semua takkan terlepas daripada terkena ujian, tak kira kita miskin atau kaya, tua atau muda, lelaki atau wanita, boss besar atau kuli sahaja. Kita akan diuji semua.
.
Cuma cara selesai itu bagaimana, ada yang guna pelbagai ikhtiar, tetapi tak setel-setel. Ada yang tak buat apa apa, masalah makin bertambah, tak kesudahan juga.
.
Ini yang kita sering terlepas pandang. Sebenarnya Allah SWT dah bagitahu awal awal dalam Al-Quran, apabila mahu pertolongan lakukan dengan solat dan sabar.
.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah : 45)
.
Walau seberat mana ujian dilanda dahulukan ikhtiar dengan solat. Kemudian selesaikan dengan ikhtiar yang lain.
.
InshaAllah, segala masalah walau sebesar gunung akan dimudahkan begitu sahaja.
.
Masalah yang pada mulanya besar, akan dirasakan kecil bila kita ada Allah yang Maha Besar.
.
InshaAllah, boleh istiqamah dengan amalan ini semua? Semoga anda mampu melaksanakan dengan sempurna.
.
#DapoZila #BangkitKembali #InspirasiDZ