Lama Dah Perasan Benda Ni Makin Tak Elok
  • Jul 08, 2020

Lama Dah Perasan Benda Ni Makin Tak Elok

Lama dah perasan benda ni makin tak elok tapi hari ni saya tak teragak-agak lagi nak buang keluar benda ni dari rumah saya.

Mujurlah masa kami singgah kat DIY semalam, isteri saya teringat yang salah satu papan pemotong kami ni dah calar balar dan berdaki. Apa lagi, dia teruslah capai papan pemotong yang baru masukkan ke dalam troli.

Bukan apa, benda ni kalau jarang tukar dan asyik guna sampai dah nampak daif dan berkulat, takut takut itulah sebenarnya yang jadi punca kita sekeluarga kat rumah selalu sakit perut dan cirit birit akibat keracunan makanan.

Mana taknya, kalau kalian perasan kesan calar dan merekah pada papan pemotong tu adalah antara tempat bakteria bahaya seperti E. Coli dan Salmonella berkumpul dan membiak.

Ada satu kajian ni, pengkaji jumpa yang rupa-rupanya pada setiap 1 cm persegi papan pemotong yang kotor dan penuh kesan rekahan, kat situ je dah mengandungi lebih dari 24 ribu bakteria. Beratus kali ganda lebih banyak berbanding kuman kat tempat duduk tandas yang kita buang najis tu!

Lepas ni saya mintak kalian pun cepatlah pergi cek papan pemotong kat dapur tu. Kalau agak-agak dah daif sangat tu, bolehlah cari yang baru ye.

Lagi satu, tolong asingkan jugak papan pemotong untuk bahan mentah macam ayam, ikan dan daging dengan papan pemotong untuk sayur dan buah.

Bila kita gunakan papan pemotong yang sama, risiko untuk kuman pada bahan mentah yang belum dimasak tadi berpindah pulak melekat kat sayur atau buah yang kita nak makan tu nanti jadi sangat tinggi dan boleh mengundang bahaya.

Badan kita orang dewasa mungkinlah ada sistem imuniti yang kuat. Tapi kalau jangkitan tu terkena kat anak kecil kita, silap haribulan terpaksa duduk beberapa hari dekat wad di hospital sana.

Nanti #kongsikan info penting ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye.

Kredit : Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB ni dan klik “See First” siap-siap supaya nanti kalian tak terlepas info-info penting yang saya nak kongsi.

#notaALB

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200