Serius Ada Lebih 20 Jenis Kuih Kat Sini?
Serius ada lebih 20 jenis kuih kat sini?
.
Rakyat marhaen ni lain macam pe'el perangai dia, tempat yang ada banyak pilihan la menjadi tumpuan. Nak tukar tukar selera katakan.
.
Hari ni makan kuih lain, esok cuba kuih lain pula, begitu juga lusa dan seterusnya. Biasa la, hidup kan ada pilihan.
.
Mungkin dah ramai tahu lokasi kedai ni. Dah lama femes popular, pagi pagi kalau rasa buntu tak tahu nak makan kuih apa. Kedai kak jah ni la menjadi sasaran.
.
Memang gilerr. Lebih 20 jenis kuih ada kat sini. Hati hati, boleh jadi mabuk tak tahu nak pilih. Kan tak pasal pasal kes pemandu mabuk bertambah lagi.
.
Lambat pergi memang kuih yang nak cepat habis. Sebab kawasan ni berdekatan dengan 3 sekolah kebangsaan. Ramai cikgu anak murid semua tapau habis.
.
Betul betul berhadapan pintu depan Klinik Ibu dan Anak(sudah tidak beroperasi) bersebelahan sekolah Dato Mahmud Paduka Raja 1.
.
Bukan kuih je ada, nasi air dingin, nasi kerabu, nasi lemak, laksa laksam dan bermacam lagi lah. Senang cite pergi tengok sendiri. Konfem tak menyesal beb.
.
FYI, kedai kak jah juga menjadi salah satu lokasi yang disediakan Sandwich Eggmagic Dapo Zila. Haa mana mana yang dekat atau melalui jalan sini boleh la singgah okay.
.
#DapoZila #KedaiMakan #KuihMuih #TanahMerah #Terbaik #Sandwich