Makan Dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kesihatan
  • Oct 30, 2020

Makan Dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kesihatan

Makan dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kesihatan Sejahtera

.

Salah satu nikmat dunia adalah makanan yang lazat. Namun, itu bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja. Pemakanan yang tidak sihat atau tidak terkawal hanya akan mengundang kemudaratan kepada tubuh badan.

Amalan pemakanan yang tidak baik terbukti boleh menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang, dan kanser.

Dalam satu persidangan kesihatan, satu kajian yang dibentangkan menyatakan, salah satu penyebab manusia menghidap penyakit kronik pada zaman ini adalah budaya makan lewat malam.

Sebelum tidur, masih mengambil makanan berat seperti nasi. Makanan itu tidak sempat hadam kerana secara purata, tempoh minimum untuk makanan dihadam adalah dua jam.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya.

Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadat).

Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan.

Rasulullah S.A.W mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum. Ketahui adab makan dan minum yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

1) Mencuci tangan sebelum makan

Membasuh tangan sebelum makan dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada tangan dan seterusnya dapat mengelakkan penyakit.

2) Membaca basmalah dan doa sebelum makan

Memulakan makan dengan doa akan mendatangkan berkat.

Makanan yang berkat akan memberi tenaga dan tenaga yang berkat ini akan digunakan untuk kesihatan diri dan kebajikan.

3) Makan dengan tiga jari tangan kanan

Menggunakan tiga jari kanan mengecilkan saiz suapan dan seterusnya makanan dapat dikunyah dengan sempurna.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam paparetta.wordpress.com pada Oktober 2010, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana jari akan mengeluarkan enzim yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga ke tahap minima dalam sistem pencernaan.

Ini mampu menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh perut.

4) Duduk dengan baik, tegap dan tidak bersandar

Posisi ini memudahkan makanan turun serta dihadamkan dengan sempurna.

5) Bersikap sederhana dan tidak berlebihan ketika makan

Rasulullah S.A.W tidak pernah makan hingga terlalu kenyang, tidak makan lagi sesudah kenyang dan tidak makan melebihi sepertiga perut kerana sepertiga lainnya adalah untuk minuman dan udara (nafas). Dengan erti lain Rasulullah S.A.W makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

6) Mulai makan dari hidangan atau bahagian yang terdekat dengan kita

Selain kelihatan lebih sopan, tenang dan tidak rakus, tindakan ini juga boleh memperoleh keberkatan makanan tersebut.

7) Tidak memenuhkan mulut dengan makanan yang terlalu banyak supaya nampak sopan dan tidak kelihatan gelojoh.

9) Tidak banyak bercakap ketika sedang makan bagi mengelakkan makanan daripada terkeluar dan menampakkan sikap tidak sopan / rakus.

11) Makan bersama-sama dengan ahli keluarga dan sahabat (tidak makan bersendirian) agar ikatan silaturrahim bertambah erat serta menambahkan keberkatan makanan.

12) Tidak mengeluarkan suara keras ketika sedang mengunyah makanan (makan berbunyi). Ini untuk mengelakkan gangguan kepada orang lain.

12) Tidak mengawasi dan melihat orang yang sedang makan

Mengelakkan orang yang diawasi daripada berasa terganggu / malu dan menjejaskan selera makan mereka.

13) Tidak menyisakan makanan di pinggan

Memupuk sikap terpuji iaitu tidak membazir serta mendapat keberkatan makanan.

14) Tidak mencela atau mencemuh makanan yang tidak disukai

Jika Rasulullah S.A.W tidak berselera, baginda akan meninggalkan makanan tanpa mencela makanan tersebut.

Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan yang Allah S.W.T berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.

15) Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas serta tidak meniup makanan dan minuman yang panas.

Mengelakkan kita mengambil minuman yang tercemar dengan karbon dioksida hasil daripada hembusan nafas ke dalam minuman.

16) Menutup bekas makanan dan minuman bagi mengelakkan makanan dan minuman daripada tercemar.

17) Menjilat makanan yang tersisa di jari-jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) ketika suapan terakhir

Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa dengan menjilat jari setelah selesai makan, jari akan mengeluarkan enzim yang sangat membantu kelancaran proses pencernaan.

18) Setelah selesai makan, bacalah : “Alhamdulillah”

Menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah S.WT terhadap makanan dan minuman yang telah dikurniakan.

19) Cuci tangan setelah selesai makan

Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk mencuci tangan sebelum dan sesudah makan supaya terhindar daripada kuman dan penyakit.

20) Tidak meninggalkan makan malam

Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan makan malam. Barang siapa yang meninggalkan makan malam dia akan dimamah usia dan tahap kolesterol dalam darah akan meningkat.

Makan malam adalah sebelum Maghrib iaitu lebih kurang jam 7.00 malam.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200