Berjuta Terima Kasih Kat Uols.
BERJUTA TERIMA KASIH KAT UOLS.
.
Alhamdulillah, baru sempat update. Terima kasih kepada semua yang order untuk pakej yang kami baru sahaja lancarkan iaitu Pakej Kongsi.
.
Tak sangka sambutan yang begitu menggalakkan. Tak sempat duduk team, masak, restok barang dan cod tak henti seharian selama dua hari berturut-turut.
.
Mungkin musim hujan ni, susah nak keluar rumah nak pilih makanan. Langkah yang terbaik order secara dalam talian dan terus hantar kerumah je. Baru syok!
.
Rata-rata yang bagi feedback ramai yang berpuas hati. Maaf seribu maaf, sekiranya ada yang lemah dari segi layanan dan servis yang kurang memuaskan dari kami.
.
InshaAllah akan diperbaiki setiap masa. Tanpa feedback dan nasihat dari pelanggan, kami tiada apa-apa sebenarnya. Terima kasih kerana membantu dan menyokong kami setiap masa.
.
Doakan kami terus maju dan berjaya. Amin
.
#DapoZila
#ResultDapoZila