Pizza Roti Mudah Untuk Hujung Minggu Anda!
Pizza Roti mudah untuk hujung minggu anda! ????
Bahan-bahan:
1. Roti
2. Telur
3. Sos Bolognese Prego (Boleh ditukar dengan sos kegemaran anda)
4. Crabstick, Sosej, Cendawan Butang, Cili Merah & Cheese Cheddar (Boleh ditukar & ditambah mengikut citarasa anda)
5. Sos & Mayonis
Cara penyediaan:
1. Potong roti dan gaul bersama telur
2. Masak di atas pan (tekan & masak dengan api kecil hingga separuh masak)
3. Sapukan roti dengan sos Bolognese
4. Masukkan kesemua topping
5. Tambah sos,mayonis
6. Bakar didalam ketuhar (suhu & masa bergantung kepada ketuhar anda)
*Boleh juga dimasak menggunakan dapur gas (Tutup dengan tudung periuk)
Selamat mencuba Foodies!✨
Kredit resepi & gambar: Miz's Shaliza
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3467704336886191/