Yeke Kita Dah Betul Betul Bersyukur? Ini Cara
Yeke kita dah betul betul bersyukur? Ini cara nak zahirkan rasa syukur.
.
Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur.
.
Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup!
.
Syukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya akan menjemput rezki di sekeliling kita.
.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
.
Bagaimana untuk menjadikan syukur itu berbekas di hati?
.
1. Memperakui
– Orang yang bersyukur adalah orang yang bersedia menerima qada dan qada’ walaupun suka atau tidak serta memperakui itu datangnya dari Allah.
.
2. Menerima
– Menerima takdir Allah mengikut kadar takdir yang Allah telah susun
.
3. Muhasabah Diri
– Sentiasa memuhasabah diri.
.
4. Memperbaiki Diri
– Bila kita sedar tentang kelemahan diri kita, kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan.
.
5. Menyerah Diri Pada Allah.
– Menyerahkan segalanya pada Allah.
– Bila kita bersandarkan pada harta, kewangan, pangkat, ingatkan semua itu rapuh.
.
Moga syukur itu sentiasa melekat di hati dan menjadi sebati dalam kehidupan kita.
.
#DapoZila #InspirasiDZ