Kenapa Nak Kena Belajar Bisnes, Penting Sangat Ke?
Kenapa nak kena belajar bisnes, penting sangat ke?
.
Alhamdulillah, selesai 2 hari menuntut ilmu secara dalam talian(online) bersama Tn Hj Najib Asaddok.
.
Banyak ilmu yang bermanfaat telah dikongsikan, InshaAllah dengan ilmu yang diajarkan dapat diaplikasikan dalam bisnes yang dijalankan.
.
Penting sangat ke ilmu ni? Ya, inshaAllah dengan adanya ilmu ia dapat menjaga harta kita, harta tanpa ilmu kemungkinan akan lebur macam tu je.
.
Kena ikut peradaran zaman, ramai manusia lebih banyak habiskan masa di dalam dunia maya, so sekarang kita nampakkan dan tonjolkan diri di alam maya.
.
Kata nak bantu ramai orang, tapi macam mana nak bantu kalau orang tak nampak kan? Sebab tu la kita terpaksa mengambil tindakan untuk dengan upgrade ilmu perniagaan yang updated.
.
Tersangat banyak strategi dan cara-cara bagaimana nak tarik ramai pelanggan dan naikkan lagi jualan dengan cara yang simple dan power.
.
Antara yang kami belajar ialah 3 perkara asas sebelum memulakan perniagaan, 4 kunci pemasaran, rules copywriting dan banyak lagi. Serius best!
.
Dengan adanya ilmu inshaAllah lebih terarah, takde ilmu banyak main 'try and error' konfem akan jadi banyak silap dan salah.
.
Sape setuju ilmu itu penting? Komen 'setuju' dibawah. Sape yang join skali tu jangan lupa apply okeh. Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat.
.
“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu”. -Imam Syafie
.
#rpmjun2020
#naktarikpelanggan
#ormnajibasaddok