Jangan Kata Benarlah Rezeki Itu Daripada Tuhan, Tetapi
Jangan kata "Benarlah rezeki itu daripada tuhan, tetapi kita kena berusaha."
.
Bahaya, jangan keliru kaitan antara rezeki dan usaha. Boleh jadi rosak iman kita. Sepatut ayat yang sebetul macam ni..
.
"Benarlah kita kena berusaha, tetapi rezeki itu daripada Dia."
.
Itu dua makna yang berbeza, mana satu yang kita dahulukan? Allah mesti diutamakan.
.
Allah boleh bagi rezeki tanpa kita berusaha, tanpa kita bekerja, tanpa kita meminta-minta. Kerana semua harta adalah milik Dia.
.
Pesakit dihospital pon ada rezekinya. Walaupun terlantar dikatil sepanjang masa, tidak juga bekerja. Rezeki makan minum datang jua. Silap2 yang diterima lebih dari kita.
.
Allah juga berkuasa untuk tidak memberi rezeki walaupun kita kerja lebih masa, sentiasa berusaha, walaupun kita meminta setiap masa.
.
Yang gaji banyak, tengok angka pon dah selesa, bila mana Allah sekat rezeki dia. Kadang boleh hilang macam tu je, sehingga tak sempat merasa.
.
Semua adalah ketetapan Allah, rezeki itu tidak pernah terlambat atau cepat walau sesaat. Rezeki tidak akan terlebih atau terkurang jika memang setakat itu sahaja dituliskan kepada kita.
.
Rezeki sangat kenal tuannya. Kerja tetap kena kerja, sebab itu perintah dariNya. Begitu juga dengan usaha kena setiap masa, kerana Allah benci manusia yang berputus asa.
.
Yang perlu kita perlu risaukan iman didada. Jadilah orang yang bertaqwa, hanya cara itu yang menjadikan kita istimewa. Layanan yang dapat juga luar biasa.
.
Semoga didunia ini kita mendapat redha Allah sehingga ke akhir nyawa. Amin.
.
Katakan "Alhamdulillah" sebagai tanda kita hamba yang bersyukur.
Alhamdulillah.
#InspirasiDZ #BangkitKembali