Alhamdulillah.
  • Apr 01, 2018

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Selesai majlis pembukaan kedai Zila Azila Sandwich, 30 Mac 2018, di Dataran Usahawan, Banggol Jenereh, Tanah Merah. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga, sahabat, saudara mara, pelanggan dan semua yang hadir dan sentiasa beri sokongan, kami sangat menghargai kehadiran anda.

Tidak lupa juga yang tak berkesempatan untuk hadir, kami hanya berharap anda mendoakan keselamatan, kerahmatan, dipermudahkan urusan dan diberikan keberkatan dalam kami mencari rezeki. Kami juga mendoakan anda semua sihat, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan kekayaan di dunia dan akhirat. Semoga kita kaya dan berjaya. Amin

Maaf kalau ada yang terkurang. Yang kurang itu dari kami, yang baik itu datang dari Allah SWT. Kami dah cuba sebaik mungkin. Semoga perniagaan ini dapat diperkembangan lagi dan dapat memberi lebih manfaat kepada orang ramai. InshaAllah

Hari ini kedai mula beroperasi, sesiapa yang rindukan Zila Azila Sandwich, boleh la datang breakfast sini. Ada something special untuk yang hadir awal2 ni. tak datang rugi tuu. Tapi kna pm dlu ye. Kita sediakan dlu utk korang. Okay, Jumm ramai-ramai jemput datang ye.

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200