Cuti Harini Tak Buko Kedai, Meh Sini Admin
Cuti harini tak buko kedai, meh sini admin belanjo sor video caro nk wat Nona Manis Tersipu Malu. Ore klate kato 'semeysek jah'. Selamat mencuba.
.
.
Resepi : Nona Manis Tersipu Malu :P
== Bahan-bahan ==
( Bahan A )
1/2 cwn gula
1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
1 biji telur
( Bahan B )
1/2 cwn santan
1/2 cwn air
Pandan emulco
Sedikit pewarna hijau
1/4 cwn tepung jagung
( Bahan C )
1 cwn santan
1 tbsp tepung gandum
1/2 tspn garam
== Cara-cara ==
Pukul telur dengan gula hingga sedikit kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan santan.
Ulang hingga habis. Ketepikan sebentar.
Satukan kesemua bahan B kedalam periuk, dan masak hingga berkilat.
Kemudian, satukan bahan A ke dalam bahan B. Kacau rata
Dalam periuk lain, satukan kesemua bahan C dan masak hingga pekat.
Ambil acuan lompang, dan sapukan dengan minyak. Paipkan adunan hijau 3/4 bekas. Ulang hingga habis.
Paipkan pula adunan putih di tengah-tengah supaya menjadi bulat. Kukus selama 15minit.
Pastikan kuih sejuk dahulu, kemudian keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidang.
==
Kredit : Seminit Resepi
Mudoh kei tuh. Esok pagi lagi nak Nona Manis bleh la singgoh keda deh.
#DapoZila
#KuihMuih
#ResepiNonaManis.