Berpuasa Di Bulan Ramadhan
  • Apr 21, 2021

Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Berpuasa di Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Huraian Hadith :

1. Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :
a. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
b. Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
c. Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.

2. Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Sumber :

Kitab Riyadhus Salihin

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200