Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kerana Allah Swt
  • Apr 23, 2021

Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kerana Allah Swt

Berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah SWT

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

1. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.

2. Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.

3. Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

About Us

Dapo Zila menyediakan servis penghantaran makanan Sandwich pelbagai rasa dan Pasta yang melazatkan yang halal lagi suci bersih dan pasti memberikan kepuasan dan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami.

Contact Us

PT 16179,
Taman Desa Fatin,
Kubang Gali.,
Tanah Merah, 17500,
Malaysia.

Phone : +601140303200